* janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun engkau dipotong atau dibakar.
* janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah.
* jangan sekali-kali engkau minum khamar( arak ), sesungguhnya khamar ( arak ) adalah kunci dari semua kejahatan.
* taatlah kepada kedua orang tuamu, seandai keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya.
* jangan engkau bertentangan dengan ululamri ( pemimpin ) walaupun memandang bahawa engkau lebih daripadanya.
* janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari.
* infaqkan kelebihan hartamu kepada keluargamu
* janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera.
* berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah
( riwayat bukhari, ahmad, ibnu majah, thabrani )
No comments:
Post a Comment