Pages

Tuesday 30 April 2013

LIRIK SELAWAT TOBIBIYAH



الصلَّواتُ الطَّبِيْبِيَّةُ


اللَّهُم َّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada
سَيِّدِيْ وَحَبِيْبِي وَطَبِيْبِ قَلْبِي وَجَسَدِيْ وَرُوْحِي
Junjunganku, Kekasihku, pengubat hatiku, jiwaku dan ragaku
سَيِّدِي رَسُولِ الله مُحَمَّدْ ابْنِ عَبْدِ الله
Junjunganku inilah yang menjadi utusan Allah, Nabi Muhammad bin Abdullah
الصَّادِقِ الْأَمِينِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Dialah insan yang jujur dan dipercayai. Semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat Baginda

Saturday 20 April 2013

TINGGALKAN DUSTA

Once upon a time, ada sorang pemuda kafir yang sering melakukan dosa dan maksiat datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam. Dia kata,

" wahai utusan Allah, bimbinglah aku memeluk Islam."

Rasulullah terus je segera membimbing pemuda tu mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah menjadi muslim, pemuda itu berkata kepada Rasulullah, wahai utusan Allah, engkau telah menjadi saksi atas keislaman diriku, dan aku sudah menjadi muslim. Kini aku mohon engkau mengizinkan aku melakukan apa je kemaksiatan yang aku sukai.

Dengar permintaan pmuda 'nakal' tu, Rasulullah tersenyum. baginda berkata,

'tidak mengapa. Tetapi, apakah engkau mahu berjanji kepadaku ?'

Pemuda itu bertanya, 'apekah janji itu wahai utusan Allah?' Rasulullah menjawab, 'mulai detik ini, kamu harus jujur dan meninggalkan segala bentuk dusta.' Pemuda itu berkate, 'wahai utusan Allah, engkau hanya meminta satu permintaan agar aku tidak berdusta?' Rasulullah menjawab, 'Ya. Hanya satu permintaan iaitu tidak berdusta.'

Pemuda itu menjawab dengan tegas, 'aku janji dan aku sanggup melakukannya.'
Rasulullah pun tersenyum mendengar kata-kata pemuda tersebut. Pemuda tu terus minta diri untuk pulang dengan perasaan gembira kerana tidak diperintahkan oleh Rasulullah untuk meninggalkan maksiat dan tidak dilarang melakukan dosa. Dalam ingatannya, Rasulullah hanya memintanya dia supaya tidak berdusta. Menurut sangkanya, perintah Rasulullah tu senang jer dan dia yakin mampu menjaganya.

Satu hari pulak tu, time pemuda tu berjalan-jalan dia bertemu dengan sorang pelacur yg sangat cun  sehingga syahwatnya naik. Dia ajok wanita tu untuk berzina di sebuah rumah. Namun ketika sedang hampir terjadi perbuatan zina, tetibe pemuda tu ingat janjinya kepada Rasulullah. Dia risau giler. Hatinya berkata,
"aku dah janji kepada Rasulullah untuk tidak berdusta. Jikalau aku bersua dengan Rasulullah dan ditanya, 'adakah kamu berzina?' dan aku menjawab, "ya", sure sure aku akan mendapat hukuman.' akhirnya pemuda itu berteriak menyuruh pekerja seksual itu meninggalkan dirinya.

Begitulah yg terjadi setiap kali pemuda tu nak buat maksiat, dia selalu ingat janji yang dia ucapkan kat depan Rasulullah supaya tak berdusta sehingga satu hari tu, pemuda tu sengaja datang ke rumah Rasulullah untuk menceritakan semua pengalaman yg dialaminya.

Pemuda tu berkate di hadapan Rasulullah, 'kini aku mengakui dengan jujur, engkau benar wahai utusan Allah. Memang engkau hanya meminta kepadaku satu permintaan yg pada mulanya aku anggap mudah. Tetapi sejujurnya dengan satu permintaan itu, membuat aku tidak dapat melakukan sebarang dosa.'

mendengar pengakuan ikhlas pemuda tersebut, Rasulullah tertawa.


Friday 12 April 2013

KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD


Imej
Allah s.w.t. yang menciptakan seluruh manusia dan jin dan Dia mahu mereka menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diredai-Nya. Oleh kerana akal fikiran manusia tidak mampu untuk menentukan dengan tepat cara menjalani kehidupan ini, maka Allah telah menghantar ribuan nabi untuk menerangkan kepada manusia tentang perkara ini. Sejak zaman Adam a.s. hingga Nabi Isa a.s., para nabi dihantar silih berganti untuk menyeru manusia kepada Allah (Ihtisamul Hasan 2002).
            Setelah Allah menghantar Nabi Muhammad s.a.w., Allah telah membuat suatu ketetapan bahawa baginda adalah rasullullah dan nabi yang terakhir. Dalam masa yang sama, Allah telah menjadikan kerja dakwah yang dulunya menjadi kerja para nabi dan rasul telah dipertanggungjawabkan kepada umat Muhammad s.a.w. (Ihtisamul Hasan 2002).
            Nabi Muhammad s.a.w. telah datang ke dunia ini bukan sahaja untuk menyeru manusia kepada Allah seperti nabi-nabi yang lain, tetapi juga untuk menyediakan umat ini dengan tugas kenabian iaitu menyeru manusia kepada Allah. Kerja dakwah inilah yang telah menjadikan umat ini suatu umat yang cukup mulia mengatasi umat-umat yang lain (IbnuKasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :
Terjemahannya : Sesungguhnya Allah telah memuliakan orang-orang yang beriman apabila dibangkitkan kepada mereka Rasul dari kalangan mereka sendiri dan membacakan ayat-ayat-Nya, dan mensucikan daripada syirik serta mengajarkan mereka Al-Kitab dan Sunnah, padahal sebelum ini mereka berada dalam kesesatan yang nyata (Ali-Imran, 3:164).
Imej
Allah s.w.t. telah memberi tanggungjawab iaitu membacakan ayat-ayat-Nya, menyucikan umat dari kesyirikan dan mengajar Al-Kitab dan Sunnah adalah tugas para nabi. Juga telah tsabit daripada Al-Quran dan Sunnah bahawa Umat Muhammad s.a.w. dihantar ke dunia untuk mengikuti jejak langkah baginda untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia (Muhammad Yusuf 2012). Firman Allah
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali Imran, 3:110).
Kerja dakwah adalah kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada umat ini dan dengan sebab tanggungjawab inilah umat ini dimuliakan oleh Allah dengan pelbagai keutamaan. Umar bin Khattab mengatakan dalam tafsirannya berkenaan ayat ini bahawa barangsiapa yang ingin dimasukkan sebagai umat perlulah menunaikan syaratnya iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (Ibnu Kasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :
Terjemahannya :Katakanlah (Wahai Muhammad), “Inilah jalanku, menyeru manusia kepada Allah diatas perkara yang nyata, (jalan) aku dan pengikutku. MahaSuci Allah dan aku bukan orang yang mensyirikkan Allah (Yusuf, 12:108).
Imej
Dalam ayat ini, Allah mengarahkan Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada manusia dan jin bahawa itulah jalannya, apa sahaja cara, sunnah dan jalannya ialah mendakwahkan syahadah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah  yang Esa dan tidak ada sekutu baginya. Mengajak manusia kepada Allah dengan nyata, yakin yang sempurna dan benar, inilah juga kerja sesiapa sahaja yang mengikuti baginda s.a.w. (Ibnu Kasir 2000).
Para sahabat telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk agama Allah s.w.t. Allah telah meredai pengorbanan mereka dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan baik (Ibnu Kasir 2000). Justeru, kita sebagai umat Muhammad s.a.w. perlu bangkit untuk mengorbankan harta, diri dan masa ini untuk kerja dakwah ini. Allah berjanji akan memberi kembali kemuliaan kepada umat Muhammad dan pertolongan-Nya akan datang kepada umat ini sekiranya umat ini bersedia mengambil kerja ini dan menjadikannya maksud hidup (Ihtisamul Hasan 2002).