Pages

Sunday 29 July 2012

ISTIKHARAH CINTA



Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin..


Saturday 28 July 2012

TAK MISKIN DEH KALO BERSEDEKAH SKET

kucing terkaya di dunia barangkali ?

Lindungilah diri kamu daripada api neraka biarpun dengan bersedekah sebelah biji kurma..
( Riwayat Muslim )



Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’.
Maka bersedekahlah!




 “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sunday 22 July 2012

ALWEZ READY TO ACCEPT


Acap kali manusia apabila melakukan sesuatu dosa, mereka merasakan bahawa dosa mereka tidak akan terampun, dosa mereka terlalu besar gedabak, lebih besar daripada lautan bintang-bintang di angkasa.

Tapii,
mana lagi besar ?
kemurkaan Allah ataupun kasih sayangnya ?

Tanpa syak wasangka lagi sudah tentulah kasih sayang Allah lebih besar lagi.
Allah itu Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang..


Asalkan kita ikhlas dalam bertaubat memohon keampunannya, 
sudah pasti Allah akan mengampuni segala dosa-dosa kite..

Ambillah peluang dalam bulan Ramadhan ini, bulan di mana dosa-dosa diampunkan, bulan rahmat, bulan pintu-pintu neraka ditutup.. 


mulakan hidup baru, start today ! 
insyaAllah hidup kita akan lebih bahagia..


ps : sumer gambo pakcik google yg bagi

Saturday 21 July 2012

WASIAT RASULULLAH KEPADA ABU DARDA'

Dari Abu Darda r.a berkate, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku dengan sembilan perkara :


* janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun engkau  dipotong atau dibakar.


* janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah.


* jangan sekali-kali engkau minum khamar( arak ), sesungguhnya khamar ( arak ) adalah kunci dari semua kejahatan.


* taatlah kepada kedua orang tuamu, seandai keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya.


* jangan engkau bertentangan dengan ululamri ( pemimpin ) walaupun memandang bahawa engkau lebih daripadanya.


* janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari.


* infaqkan kelebihan hartamu kepada keluargamu


* janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera.


* berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah

( riwayat bukhari, ahmad, ibnu majah, thabrani )

Wednesday 18 July 2012

BILA JUMPA HANTU


Seumur hidup aku tak penah pun jumpe hantu setan ni.. kalau jumpe pun sama ada dalam mimpi ataupun manusia yang berperangai macam hantu.. dan selalunya, manusia berperangai hantu ni memang banyak. 

adakah anda salah seorang daripadanya ?


Friday 13 July 2012

RAYA AKU, RAYA KAU ?


biar gambar berbicara..

pesanan dari penaja : Jadilah manusia yang bersyukur dan sentiasa merasa cukup dgn apa yg ada..
tak lupa jugak, bulan posa nak datang ni jangan lupa sedekah-sedekah wehhh !!! Zakat pun jangan lupa bayaqqq... sekian..


Thursday 12 July 2012

SAYA SUKA AWAK



Bisik hati kecilku..
Saya dah beritahu nama awak pada ALLAH untuk jaga hati awak daripada terpaut dengan mana-mana lelaki yang bukan selayaknya, sementara tunggu saya membina diri dan melamar diri awak. InsyaALLAH.


entahkan bila masanya... haha.. mesti bedebor gila time tu.. =P

Monday 9 July 2012

JOM MENGURAT

Bila kita nak mendapatkan hati orang yang kita minat ni, biasanya kita akan cuba bermacam-macam cara bagi menambat hatinya. Senang kata kat sini nak menguratlah. Mat-mat jiwang kalau sebut bab mengurat ni memang pro. Ada je koleksi skil klasik hingga ke moden mengenai tips-tips memikat dan mengurat si idaman hati ni. 
kucing : dengarkanlah lagu cintaku untuk mu.. 
( gamba google )

Ada yang bagi bungala, sms selalu la, dan macam-macam lagi.. aku tak tahu la sbb aku tak biasa buat. 
Tapi, kebiasaannya bila orang cuba memikat ni dia akan tunjuk yang baik-baik je, last-last yang dipikat terpaksa terpesona jugak la dengan kesungguhan si pengurat tu.

dan cuba kita ubah sedikit, 

Kalau kita boleh berusaha keras untuk mendapatkan cinta si jejaka atau gadis idaman, maka begitu juga halnya untuk mendapatkan cinta Allah dan Rasul. 

Allah tu Maha Pengasih, dan Allah lebih kasihkan orang yang cinta kepadaNya. 
Dalam nak "mengurat" Allah la, ada juga strateginya.
kita persembahkan kepada Allah dengan solat yang terbaik, zikir yang tak lekang di mulut dan hati, dan pelbagai lagi amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata keranaNya.
well, nak dapatkan cinta Allah, memang la nak kena "mengurat" dulu kan, syurga tu tak mudah-mudah je kita nak dapat. 

sama juga halnya dengan nak mendapatkan cinta Nabi, selawat la banyak-banyak. Yang nak bagi syafaat tu pun Nabi, tu la tanda Nabi membalas cinta kita.


Jadi begitulah, sebelum kita nak mengurat si kekasih hati, "menguratlah" Allah terlebih dahulu. 
InsyaAllah Allah akan menghadirkan orang yang sesuai untuk kita, yang sama-sama cintakanNya. 

Cinta Allah ni ajaib, semakin ramai yang mencintaiNya, semakin kuat tautan hati sesama manusia itu, 
sedangkan jika dua orang lelaki menyukai seorang perempuan yang sama, mungkinkah hati itu akan aman ? 
mungkin ya, mungkin tidak.. 

Apapun, selamat meraih cinta Tuhan ..


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepadaMu.


Wednesday 4 July 2012

DINDING KITA BERBEZA

Bro 1 : kami ada dinding ini untuk meluahkan perasaan dan ekspresi kami



seni graffiti yang style jugak la.. 

Gadis 1 : cam siot la minah tu pakai baju sama kaler ngan aku.. ( sambil menaip di wall Facebook )


Bro 2 dan semua kanak-kanak di palestin : kami pula ada dinding ini.. 


yaa, dinding pemisah di antara palestin dan israel membuatkan rakyat palestin seolah-olah hidup di dalam penjara..

CUMAAA,,,


rakyat Palestin juga "menghasilkan" seni di dinding tersebut, tapi dengan 1001 makna..


mereka inginkan kebebasan.. 

makanya, manfaatkan wall anda sebaiknya, conteng ia akan perkara yang boleh membawa manfaat kepada semua.. bukannya luahan perasaan yang tiada erti atau kebaikan kepada dunia.. 

peace !!!