Pages

Tuesday 4 June 2013

NI'MAT DALAM BERJEMAAH

sering diumpamakan hidup bersendirian umpama sebatang lidi yang mudah untuk dipatahkan,namun apabila ia dikumpulkan dan diikat bersama, pasti ia akan menjadi lebih keras dan sukar untuk dipatahkan. Tamsilannya adalah, apabila manusia itu hidup secara berjemaah, kemampuan dan kekuatannya akan berganda.

Atas daripada itu, perlulah diketahui serba sedikit mengenai pentingnya hidup dalam jemaah kerana ia merupakan iktibar bagi seorang pejuang untuk terus istiqamah menelusuri jalan yang dilaluinya. 


1. Allah sayang kepada Muslim yang saling menyayangi

" Ada tujuh golongan yang Allah lindungi pada hari selain perlindungan Allah, antaranya dua orang yang mencintai kerana kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah keranaNya." ( riwayat Tirmizi )

2. Asas Kekuatan seorang Muslim

"seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain." ( riwayat Muslim )

3. keberkatan Allah bersama jemaah

" makanlah secara beramai-ramai dan jangan makan secara bertaburan. sesungguhnya keberkatan itu bersama jemaah. ( riwayat Ibnu Majah )

4. kerja yang sukar menjadi senang

" dan hendaklah ada dalam kalangan kamu sekumpulan manusia yang menyeru kebaikan dan, menyuruh berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar. mereka itulah orang yang mendapat kejayaan." ( ali-imran : 104)

wallahua'lam


Tuesday 21 May 2013

JAMINAN ALLAH MENGENAI REZEKI

ALHAMDULILLAH UNTUK SETIAP KURNIAANMU TUHAN..

Sesiapa yang bersyukur, pasti Allah akan menambahkan lagi ni'matNya..

Friday 17 May 2013

ASHABUL KAHFI

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...




adakah anda semua masih mengingati kisah ASHABUL KAHFI...kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita semua...kisah ini diceritakan dalam SURAH AL-KAHFI.....
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah. Peluh menitis membasahi dada dan tengkuk. Terikan matahari menambah lagi rasa haus. Mereka sungguh letih, mereka juga lapar. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka. Mudarat terlalu besar jika mereka terus berada di kota atau bertahan lebih lama. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Oh Tuhan, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka. Mereka bukan sahaja bermusuh tetapi ingin merejam dan membunuh mereka.

Bumi yang luas dirasakan sempit apabila desakan dan tentangan dakwah mereka diancam. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini lebih panjang. Desakan demi desakan yang membahayakan menjadikan mereka hampir lemas dan tewas.

Tidak! Iman tidak sesekali akan tewas pada kekufuran. Itulah nekad mereka. Mereka bangkit berdiri. Mereka telah nyatakan apakah yang hak dan apakah yang batil. Buat masa ini mereka perlu bertahan. Mungkin berundur sebelum mengambil langkah seterusnya. Barangkali gua yang suram boleh membuka jalan ilham dari Allah yang lebih terang. Barangkali Allah ingin tunjukkan bahawa memadai dalam gua yang kecil ini mereka mampu mengatur semula langkah dakwah yang lebih besar dan lebih berkesan pada keesokan hari.

Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan akan terancam?

Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan. Mereka sanggup meminggirkan kantuk, membuang penat sendiri kerana mengenangkan saudara-saudara mereka ini yang bertungkus menghayun langkah dan dakwah.


‘Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi!’
‘Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya’
‘Jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.

Peristiwa, tutur kata dan karekter berani sahabat-sahabat mereka di kota tadi bagaikan tayangan yang berulang. Peristiwa itulah pengalaman dakwah yang paling kemuncak mereka lakukan. Biarpun pedih dengan kata nista yang dilemparkan, biarpun teruk layanan yang mereka terima akan tetapi mereka tetap hadapi tekanan, bantahan dan celaan dengan sabar. Keadaan menjadi kian runcing, apabila mereka menjadi buruan, mereka diisytihar sebagai kumpulan yang salah dan diancam dengan hukuman, maka demi keselamatan mereka dan masa depan dakwah akhirnya membawa mereka ke gua.
‘Sepatutnya kaum kita yang menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah’, kata salah seorang dari mereka.

‘Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang mereka sembah’, sahut seorang lagi.
‘Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.

Andainya mereka berfikir untuk mencari-cari hujah. Bukan mengikut emosi, bukan hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Sudah tentu mereka tidak menolak. Mereka bukan tidak cerdik. Ada yang memimpin masyarakat. Ada yang bijak mencari kekayaan. Ada yang memimpin kota dan berkuasa sebagai penguasa.
‘Tidak sepatutnya mereka menolak dan berdusta terhadap Allah Tuhan yang sebenarnya’.

Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari, minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka. Mereka terus lena.

Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota mereka bergerak-gerak dan mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di pintu gua.
Kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
‘Berapa lama kita tidur?
‘Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari’
‘Allah jua yang lebih mengetahui’

Tetapi hal tidur ini bukan utama bagi mereka. Biarlah waktu dan tempoh tidur itu terus menjadi rahsia di antara rahsia-rahsia Allah. Itu kesimpulan akhir mereka. Bukankah dalam kerja-kerja dakwah ini penuh dengan rahsia-rahsia dari Allah. Termasuk bilakah akan tibanya hari keimanan dan kemenangan. Andainya manusia tahu semua perkara, maka apa perlunya lagi usaha, langkah, rancangan dan waspada.
‘Ayuh, seorang dari kita perlu keluar mencari makanan’ Ujar seorang pemuda. Lantas salah seorang dari mereka dipilih. Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan gangguan itu.

Tidak, mereka tidak ingin mati kelaparan di sini. Andainya itu berlaku, sia-sialah usaha mereka selama ini. Biarpun memang akan ada risiko yang bakal berlaku dalam setiap tindakan dan keputusan mereka, tetapi biarlah mereka mengambil risiko yang paling kecil. Itulah pendirian mereka.
‘Bawa wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal’

‘Bawalah pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu berhalus dan berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan’. Pesan mereka lagi kepada saudara mereka itu agar jangan sampai mata-mata musuh kenal dan sedar kehadirannya di tengah khalayak.

‘Jika tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini’

Dipendekkan cerita, Allah dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Mungkin bagi manusia, tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari Allah yang amat besar.

Mungkin bagi Ashabul Kahfi, mengambil langkah kecil dan bertahan di gua adalah suatu mudarat kecil yang terpaksa mereka hadapi. Langkah bagi mereka untuk menyelamatkan mudarat besar yang tak terduga dan dakwah yang mereka harapkan terus berpanjangan.

Tetapi Allah jualah pemilik dan pengatur yang mutlak terhadap rahsia yang berlaku di gua yang kecil. Allah juga biarkan kita terus-menerus tertanya-tanya berapakah bilangan Ashab al-Kahfi seperti pemuda-pemuda bertanya-tanya sesama sendiri berapa lamakah mereka tertidur. Allah biarkan kita tertanya-tanya dan tidak terduga banyak perkara dan kejadian. Agar kita tidak berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatan-Nya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan sentiasa berfikir seperti pemuda Ashabul Kahfi.
Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). Sesungguhnya kisah Ashab al-Kahfi hanyalah secebis dari rahsia keagungan Allah. (Al-Kahfi: 22 )

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dan sembilan lagi –(Al-Kahfi: 25)

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. – (Al-Kahfi: 26)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan ‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? – (Al-Kahfi: 9)

Kisah ini diambil sumbernya dari Surah al-Kahfi bermula dari ayat 9 sehingga 26. Kesemua dialog dan gambaran mereka di dalam gua adalah dari ayat-ayat berkenaan.


dipetik dari :file:///C:/Users/Public/Documents/Kisah%20Ashabul%20Kahfi%20%C2%AB%20wm.azmi.htm

~Ashabul Kahfi~

Artist: Raihan
Album: Demi Masa
Song Category: Nasyid

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada Ashabul Kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia


wallahua'lam...

Tuesday 7 May 2013

PERANG HUNAIN : SATU PENGAJARAN DARI SATU KEKALAHAN


Penaklukan dan pembukaan Mekah oleh umat islam telah mengundang kepada ketidaksenangan kebanyakan kaum musyirikin di persekitaran Mekah terutama daripada puak Hawazin dan Thaqif. Mereka ini antara golongan yang terkejut, malah kebingungan dengan kejayaan umat islam membuka kota Mekah namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka juga tidak dapat menerima hakikat ini.

Dengan itu, mereka merancang untuk membuat serangan ke atas umat islam. Kaum musyrikin yang telah berpakat ini membawa segala kelengkapan perang mereka termasuk harta dan keluarga mereka untuk turut serta di dalam perang ini dan mereka berkumpul di satu kawasan bernama Autas yang berhampiran Lembah Hunain. Dan mereka diketuai oleh Malik bin Auf.

Bagi mengelakkan pertambahan pihak musyrikin yang mungkin akan menyertai puak Hawazin dan Thaqif ini maka Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk menyerang kaum musyrikin ini. pada 6 Syawal tahun 8 Hijrah bersama-sama 12,000 tentera muslimin, Rasulullah meninggalkan kota Mekah menuju ke Lembah Hunain. Tentera muslimin terdiri daripada 10,000 umat islam yang membuka kota Mekah dan 2,000 lagi adalah mereka yang baru sahaja memeluk islam setelah pembukaan kota Mekah.

Mendengarkan berita daripada agen perisikan tentera musyrikin yang Rasulullah telah keluar menuju ke Lembah Hunain dan akan menuju ke markas tentera puak Hawazin dan Thaqif, Malik bin Auf mula menyusun strategi untuk mengalahkan tentera islam secara total. Tenteranya ditempatkan di sepanjang pintu masuk Lembah Hunain dengan askar-askarnya diletakkan di setiap lorong, setiap ruang dan setiap lubang. Mereka ini diarahkan untuk menyerang hendap tentera islam serta merta apabila tentera islam mula memasuki Lembah Hunain.

Dengan tentera islam yang terdiri daripada bilangan yang ramai, ada di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan terkalahkan”
Kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu.

Pada pagi 11 Syawal pertempuran antara tentera islam dan tentera musyrikin berlaku.

Khalid Al-Walid mengetuai batalion yang mengetuai batalion lain memasuki Lembah Hunain. Sebaik sahaja mereka memasuki Lembah Hunain, tanpa disangka-sangka, mereka dihujani dengan bilahan anak panah daripada pelbagai arah dan disertai dengan serangan oleh tentera musyrikin. Serangan yang tiba-tiba ini telah menyebabkan tentera islam kehilangan punca dan dalam kebingungan dan haruk piruk, mereka telah berundur ke belakang.

Rasulullah ketika itu berada di batalion belakang dengan para sahabat lain kemudiannya memanggil tentera islam untuk tenang dan kembali ke dalam barisan. Terdapat tentera islam yang terus melarikan diri daripada medan perang kerana serangan hendap yang tidak disangka-sangka daripada pihak musyrikin sehinggakan Abu Sufyan mengatakan: “mereka ini tidak akan berhenti kecuali tentera islam telah berundur ke Laut Merah”.

Melihat keadaan yang tidak terkawal untuk beberapa ketika, akhirnya Rasulullah tampil ke barisan hadapan tentera islam dan melaungkan,"Allahhu Akbar!!"
Laungan daripada Rasulullah ini telah mendapat sahutan daripada tentera islam dan mereka kembali berkumpul di sekeliling Rasulullah dan menyusun barisan. Kemudian mereka mara untuk menyerang tentara musyrikin. Maka berlaku pertempuran antara tentera islam dan tentera kafir.

Rasulullah kemudiannya mengambil segenggam pasir dan ditiupkan kepada pihak musuh dengan doa agar diberi bantuan oleh Allah dalam memerangi pihak kufar. Pasir ini terbang kepada wajah-wajah orang kafir dan dinamik peperangan semakin berubah dengan orang-orang kafir semakin berundur dan lebih banyak kematian disaksikan pada pihak kafir. Dan kemenangan perang ini menjadi milik tentera Islam.

Pada peperangan inilah Allah menurunkan ayat:
” Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yangluas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)

Di dalam perang Hunain ini juga terkait suatu kisah yang amat menyentuh perasaan, menggamit hati para pencinta Rasulullah saw.

Ketika berlakunya upacara membahagikan ghanimah (harta rampasan peperangan), Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam.

Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan; "semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih meneteskan darah mereka”
Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“ Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”
Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,” Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.
Selanjutnya Rasulullah saw bertanya,: "Hai kaum Ansar, mengapa kamu tidak menjawab?”

Mereka berkata, ” Apa yang hendak kami katakan wahai Rasulullah? Dan bagaimana kami harus menjawab? Kemuliaan bagi Allah dan RasulNya”.
Rasulullah saw melanjutkan. ” Demi Allah, jika kamu mahu, tentu kamu mengatakan yang sebenarnya; “ Anda datang kepada kami sebagai orang yang didustakan kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai sebagai seorang yang menderita kemudian kami santuni”
Kaum Ansar menyambut dengan hiba; ” Kemuliaan itu bagi Allah dan RasulNya!”
Rasulullah saw meneruskan, ” Hai kaum Ansar, apakah kalian jengkel kerana tidak menerima sejumput sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa. Demi Allah yang nyawa Muhammad ditanganNya, kalau bukan kerana hijrah ini nescaya aku menjadi salah seorang Ansar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung dan kaum Ansar juga berjalan di lereng gunung yang lain, aku pasti turut berjalan di lereng gunung ditempuhi kaum Ansar. Sesungguhnya kamu akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (syurga). Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada kaum Ansar, kepada anak-anak kaum Ansar, kepada cucu kaum Ansar”.
Mendengar ucapan Nabi saw itu, kaum Ansar menangis hingga janggut mereka basah kerana air mata. Mereka kemudian menjawab "Kami rela mendapatkan Allah dan RasulNya sebagai pembahagian dan jatah kami”.
Dalam medan pertempuran dalam kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap.

Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan. Pada luarannya, tentera islam telah memenangi peperangan fizikal namun, kekalahan dalam lebih memainkan peranan.

Dalam peperangan Hunain inilah kita dapat lihat akan kesilapan yang telah dilakukan oleh para sahabat dalam perang kerana merasa yakin dengan bilangan mereka dan merasa takbur dengan kekuatan mereka.Ini ditambah lagi dengan kejayaan umat islam dalam menakluk dan membuka kota mekah daripada tangan musyrikin.

Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini. Allah menjadikan bumi yang kelihatan luas ini sempit pada pandangan umat islam kerana sifat jahiliyah yang tersorok dalam hati mereka.

Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.

Agar mereka tidak dapat mengatakan: “kemenangan ini kerana bilangan kami”
Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaiman firmannya:

“sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kita berusaha dalam menyediakan keperluan lain seperti fizikal, senjata dan tenaga manusia. Namun sumber kekuatan yang paling utama adalah iman dan taqwa kerana itulah yang kekal di sisiNya. Segala ketentuan dan keputusan akan terpulang padaNya untuk memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Persiapan harta dan fizikal tidak kekal, motivasi yang datang dari sumber yang tidak kekal juga tidak kekal. Harta dunia akan hilang, senjata akan patah namun iman yang bersinar akan terus bersinar dan datang darinya kekuatan yang memberi kemenangan dalam perjuangan Rasulullah beserta para sahabat.

Kerana itu Imam Hassan al-Banna memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Ikhwan Muslimin yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan. Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ikhwah itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini.

Juga pada kisah yang penuh emosi dan kesedihan Nabi kerana kaum Ansar tidak berpuas hati kepada pembahagian ghanimah, dapat dipelajari betapa hikmahnya tindakan Nabi saw. Juga betapa sayangnya Nabi saw kepada sahabat-sahabatnya dari kaum Ansar. Kaum Ansar yang terdiri dari sahabat-sahabat agung juga terasa hati dengan tindakan Nabi. Namun mereka menginsafi kesalahan mereka, mereka menangis teresak-esak mengakui kesalahan mereka sehingga air mata membasahi wajah dan janggut mereka.

Alangkah terharunya kita membawa kisah yang hebat ini, dari Nabi kita dan para sahabat. Hendaklah ia dijadikan iktibar pada kita selaku duah yang menjalankan dakwah Allah di muka bumi.
Semoga selawat tercurahkan kepadamu wahai Rasulullah, juga kepada para sahabatmu yang mulia dari kaum Anshar dan Muhajirin. Semoga Allah berkenan menghimpun kami di bawah panjimu yang mulia dan menjadikan kami beserta orang-orang yang akan menemuimu di telaga pada hari kiamat.

Wallahua’lam

Tuesday 30 April 2013

LIRIK SELAWAT TOBIBIYAH



الصلَّواتُ الطَّبِيْبِيَّةُ


اللَّهُم َّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada
سَيِّدِيْ وَحَبِيْبِي وَطَبِيْبِ قَلْبِي وَجَسَدِيْ وَرُوْحِي
Junjunganku, Kekasihku, pengubat hatiku, jiwaku dan ragaku
سَيِّدِي رَسُولِ الله مُحَمَّدْ ابْنِ عَبْدِ الله
Junjunganku inilah yang menjadi utusan Allah, Nabi Muhammad bin Abdullah
الصَّادِقِ الْأَمِينِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Dialah insan yang jujur dan dipercayai. Semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat Baginda

Saturday 20 April 2013

TINGGALKAN DUSTA

Once upon a time, ada sorang pemuda kafir yang sering melakukan dosa dan maksiat datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam. Dia kata,

" wahai utusan Allah, bimbinglah aku memeluk Islam."

Rasulullah terus je segera membimbing pemuda tu mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah menjadi muslim, pemuda itu berkata kepada Rasulullah, wahai utusan Allah, engkau telah menjadi saksi atas keislaman diriku, dan aku sudah menjadi muslim. Kini aku mohon engkau mengizinkan aku melakukan apa je kemaksiatan yang aku sukai.

Dengar permintaan pmuda 'nakal' tu, Rasulullah tersenyum. baginda berkata,

'tidak mengapa. Tetapi, apakah engkau mahu berjanji kepadaku ?'

Pemuda itu bertanya, 'apekah janji itu wahai utusan Allah?' Rasulullah menjawab, 'mulai detik ini, kamu harus jujur dan meninggalkan segala bentuk dusta.' Pemuda itu berkate, 'wahai utusan Allah, engkau hanya meminta satu permintaan agar aku tidak berdusta?' Rasulullah menjawab, 'Ya. Hanya satu permintaan iaitu tidak berdusta.'

Pemuda itu menjawab dengan tegas, 'aku janji dan aku sanggup melakukannya.'
Rasulullah pun tersenyum mendengar kata-kata pemuda tersebut. Pemuda tu terus minta diri untuk pulang dengan perasaan gembira kerana tidak diperintahkan oleh Rasulullah untuk meninggalkan maksiat dan tidak dilarang melakukan dosa. Dalam ingatannya, Rasulullah hanya memintanya dia supaya tidak berdusta. Menurut sangkanya, perintah Rasulullah tu senang jer dan dia yakin mampu menjaganya.

Satu hari pulak tu, time pemuda tu berjalan-jalan dia bertemu dengan sorang pelacur yg sangat cun  sehingga syahwatnya naik. Dia ajok wanita tu untuk berzina di sebuah rumah. Namun ketika sedang hampir terjadi perbuatan zina, tetibe pemuda tu ingat janjinya kepada Rasulullah. Dia risau giler. Hatinya berkata,
"aku dah janji kepada Rasulullah untuk tidak berdusta. Jikalau aku bersua dengan Rasulullah dan ditanya, 'adakah kamu berzina?' dan aku menjawab, "ya", sure sure aku akan mendapat hukuman.' akhirnya pemuda itu berteriak menyuruh pekerja seksual itu meninggalkan dirinya.

Begitulah yg terjadi setiap kali pemuda tu nak buat maksiat, dia selalu ingat janji yang dia ucapkan kat depan Rasulullah supaya tak berdusta sehingga satu hari tu, pemuda tu sengaja datang ke rumah Rasulullah untuk menceritakan semua pengalaman yg dialaminya.

Pemuda tu berkate di hadapan Rasulullah, 'kini aku mengakui dengan jujur, engkau benar wahai utusan Allah. Memang engkau hanya meminta kepadaku satu permintaan yg pada mulanya aku anggap mudah. Tetapi sejujurnya dengan satu permintaan itu, membuat aku tidak dapat melakukan sebarang dosa.'

mendengar pengakuan ikhlas pemuda tersebut, Rasulullah tertawa.


Friday 12 April 2013

KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD


Imej
Allah s.w.t. yang menciptakan seluruh manusia dan jin dan Dia mahu mereka menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diredai-Nya. Oleh kerana akal fikiran manusia tidak mampu untuk menentukan dengan tepat cara menjalani kehidupan ini, maka Allah telah menghantar ribuan nabi untuk menerangkan kepada manusia tentang perkara ini. Sejak zaman Adam a.s. hingga Nabi Isa a.s., para nabi dihantar silih berganti untuk menyeru manusia kepada Allah (Ihtisamul Hasan 2002).
            Setelah Allah menghantar Nabi Muhammad s.a.w., Allah telah membuat suatu ketetapan bahawa baginda adalah rasullullah dan nabi yang terakhir. Dalam masa yang sama, Allah telah menjadikan kerja dakwah yang dulunya menjadi kerja para nabi dan rasul telah dipertanggungjawabkan kepada umat Muhammad s.a.w. (Ihtisamul Hasan 2002).
            Nabi Muhammad s.a.w. telah datang ke dunia ini bukan sahaja untuk menyeru manusia kepada Allah seperti nabi-nabi yang lain, tetapi juga untuk menyediakan umat ini dengan tugas kenabian iaitu menyeru manusia kepada Allah. Kerja dakwah inilah yang telah menjadikan umat ini suatu umat yang cukup mulia mengatasi umat-umat yang lain (IbnuKasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :
Terjemahannya : Sesungguhnya Allah telah memuliakan orang-orang yang beriman apabila dibangkitkan kepada mereka Rasul dari kalangan mereka sendiri dan membacakan ayat-ayat-Nya, dan mensucikan daripada syirik serta mengajarkan mereka Al-Kitab dan Sunnah, padahal sebelum ini mereka berada dalam kesesatan yang nyata (Ali-Imran, 3:164).
Imej
Allah s.w.t. telah memberi tanggungjawab iaitu membacakan ayat-ayat-Nya, menyucikan umat dari kesyirikan dan mengajar Al-Kitab dan Sunnah adalah tugas para nabi. Juga telah tsabit daripada Al-Quran dan Sunnah bahawa Umat Muhammad s.a.w. dihantar ke dunia untuk mengikuti jejak langkah baginda untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia (Muhammad Yusuf 2012). Firman Allah
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali Imran, 3:110).
Kerja dakwah adalah kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada umat ini dan dengan sebab tanggungjawab inilah umat ini dimuliakan oleh Allah dengan pelbagai keutamaan. Umar bin Khattab mengatakan dalam tafsirannya berkenaan ayat ini bahawa barangsiapa yang ingin dimasukkan sebagai umat perlulah menunaikan syaratnya iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (Ibnu Kasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :
Terjemahannya :Katakanlah (Wahai Muhammad), “Inilah jalanku, menyeru manusia kepada Allah diatas perkara yang nyata, (jalan) aku dan pengikutku. MahaSuci Allah dan aku bukan orang yang mensyirikkan Allah (Yusuf, 12:108).
Imej
Dalam ayat ini, Allah mengarahkan Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada manusia dan jin bahawa itulah jalannya, apa sahaja cara, sunnah dan jalannya ialah mendakwahkan syahadah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah  yang Esa dan tidak ada sekutu baginya. Mengajak manusia kepada Allah dengan nyata, yakin yang sempurna dan benar, inilah juga kerja sesiapa sahaja yang mengikuti baginda s.a.w. (Ibnu Kasir 2000).
Para sahabat telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk agama Allah s.w.t. Allah telah meredai pengorbanan mereka dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan baik (Ibnu Kasir 2000). Justeru, kita sebagai umat Muhammad s.a.w. perlu bangkit untuk mengorbankan harta, diri dan masa ini untuk kerja dakwah ini. Allah berjanji akan memberi kembali kemuliaan kepada umat Muhammad dan pertolongan-Nya akan datang kepada umat ini sekiranya umat ini bersedia mengambil kerja ini dan menjadikannya maksud hidup (Ihtisamul Hasan 2002).

Wednesday 27 March 2013

JOM ZIKIR




"...Selalulah mengucapkan "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallah hu akbar".  

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: ""Rasululllah SAW bersabda:
Maksudnya:
Mengucapkan subhanallah, alhamdulillah, laailaaha illallah, dan Allahu akbar lebih aku cintai daripada segala yang disinari oleh matahari,"  (HR Muslim 2695)


Muslim meriwayatkan daripada Abu Malik al-Asy'ari ra., beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
"Bersuci adalah sebahagian daripada iman; ucapan alhamdulillah akan memenuhi timbangan; ucapan tasbih(Subhanallah) dan  alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi."   (HR Muslim 223)


Mari kita perbanyakkan mengucap zikir.  

Allah berfirman:  
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.  Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."  
(Surah al-Ahzab 33: 41 - 42)

Saturday 23 March 2013

MEMBUANG HALANGAN DI JALAN


“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya..” (surah Al-zilzal : 7)

SELAWAT

Selawat ke atas Nabi:


عن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia yang paling dekat dengan aku nanti pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak membaca selawat untukku.”
( Hadis Riwayat Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini ialah hadis Hassan )


Sunday 17 March 2013

SANGGUPKAH KAU LALUI JALAN INI


Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:

Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah..

Friday 15 March 2013

INDAHNYA UKHWAH KITA



~ Indahnya ukhwah kerana Allah. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Jika tersilap langkah, indah tuturnya menasihati. Nasihat diberi tiada sedikit pun rasa benci. Madahnya lembut mudah disambut. Tegurnya disenangi maka yang silap juga terasa senang diperbaiki. 

Demikianlah kata padanya amarah. Pada kalam tersulam megah. Saat itu, gahnya diri suburnya benci. Jika menasihati, kalamnya mengguris hati, jadilah yang tua terasa hati, yang muda menjauh diri.



Nilaian Allah, manusia itu hanya hamba. Akan mulia dengannya taqwa. Jika berlaku silap sengketa, Maaf itulah rahsia damainya.

Jadilah orang yang dicintai nabi. Dendam , benci tiada di hati. Yang ada hanya kasih. Yang nista di balas dengan mesra. Yang kesat di balas dengan jalan selamat – diam. Malah menjadi pertama menghulur maaf, walau bukan mulakan khilaf. Pesan nabi, kata “maaf “ awali lah diri, walau egonya letaknya tinggi, biarkan saja ia melintasi. Usah di agung ego di hati. Jangan di biar meracun diri.

Wednesday 13 March 2013

PESAN RASULULLAH KEPADA MUAZ BIN JABAL


"Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut kehendakNya." 

"Wahai Mu'az," 

"Ya Sayyidal Mursalin." 

"Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian), ia akan bermenafaat untukmu tapi kalau engkau lupakan (tidak ambil berat) maka kamu tidak akan ada hujjah di hadapan Allah kelak." 

"Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya." 

Langit Pertama: 

Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah, 

"Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat." 

Langit Kedua: 

Esoknya malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba. Di langit kedua, penjaga pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain." 

Langit ketiga: 

Kemudian malaikat Hafazah naik lagi ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong." 

Langit ke empat: 

Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub." 

Langit kelima: 

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad." 

Langit keenam: 

Di langit ke enam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini." 

Langit Ketujuh: 

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata "Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak." 

Amalan yang melepasi langit ketujuh: 

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal si hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t. 

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui." 

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi." 

"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!" 

ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka." 

Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat." 

Apa Tindakan Yang Perlu? 

Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?" 

Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan." 

Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?" 

Bersabda Rasulullah: 

"Ya begitulah.... 

kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib. 

  • Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. 
  • Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. 
  • Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat. 
  • Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik 
  • Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat 
  • Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. 
  • Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan 
  • Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia." 


Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?" 

Jawab Rasulullah: 

"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."

Monday 11 March 2013

ENGKAU KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Tersentuh..
Benar-benar tersentuh..

Wahai Rasulullah,kekasih hati kami..

Hati hamba-hamba yang beriman,setiap saat dan waktu akan merindui Baginda Rasulullah SAW.Rindu yang penuh sarat.

Hati hamba yang amat cintakan Baginda Rasulullah SAW,setiap apa yang dia lakukan akan difokuskan kepada TAQWA.Sentiasa terdetik di hati,adakah amalan yang dia lakukan ini ALLAH dan RASUL cintai?

Hati insan yang benar-benar cintakan Allah dan Rasulullah..setiap kali bangun pada pagi hari,mindanya akan terus terfikir apakah yang akan dia lakukan pada hari ini untuk kemaslahatan ummah?Sebaliknya insan yang biasa-biasa hanya memikirkan perkara-perkara yang hanya menguntungkan diri sendiri..

Hati yang sarat dengan TAQWA,sentiasa sempit dada apabila mendengar lafaz ALLAH dan RASULULLAH SAW.Terlalu rindu dan cinta untuk berada di Syurga Firdaus,berada bersama-sama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Lantas jiwanya kental,mujahadahnya diteguhkan untuk menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar.Bukan mudah melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan yang sedikit.Golongan itu saban waktu menyampaikan dakwah Islam,mengajak manusia menjalankan amalan-amalan kebaikan dan menghalang kerja-kerja yang menjurus kepada kemungkaran dan mengundang murka Allah.Itulah perjuangan,sunnatullah yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang agama Allah.

Pada saat air mata gugur kerana menerima tekanan,cacian dan kejian daripada manusia kerana menegakkan agama Allah,jiwanya segar dan tenang apabila mengingati Baginda Rasulullah SAW,yang jauh dan jauh hebat ujian dan cabarannya untuk mendaulatkan Dinul Islam..

Ya Allah,persaksikanlah..Kami terlalu merindui Baginda Rasulullah SAW..Kami mengharapkan syafaat Baginda..Ampunilah dosa kami Ya Allah..
 

Friday 8 March 2013

PERTOLONGAN PASTI ADA


insyaAllah saat kita lemah tak berdaya pasti Tuhan akan hadirkan pertolongannya..
Hanya perlu yakin sahaja.. ^^

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

PERINGATAN UNTUK PEJUANG



Bantulah kami Ya Allah, semoga segala perjuangan kami ini adalah mengikut landasan Mu dan merupakan sebenar - benar jalan menuju kebahagiaan di akhirat sebagaimana janji Mu.. Ameen Ya Allah.. kami rela di anggap sebagai asing di kalangan mereka.. Moga Engkau bantulah kami menempuhi kehidupan yang sementara ini Ya Allah.. 

Tuesday 5 March 2013

SABDA RASULULLAH MENGENAI SENYUM DAN KETAWA

Sabda Rasulullah mengenai senyum dan ketawa :

1. Senyum adalah medium terbaik untuk menyapa hati manusia dan menebar kesejukan di hati sesama insan, Rasulullah bersabda :

"kamu tidak akan dapat menenteramkan jiwa manusia dengan wangmu, akan tetapi kamu dapat menenteramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak mulia."

2. Senyum adalah sikap mulia bernilai ibadah. Rasulullah bersabda :

"Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah." ( HR al-Baihaqi no. 7935)

3. Senyum adalah cermin kebaikan ( amal soleh), Rasulullah bersabda :

"sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah."

juga sabdanya :

"Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria )."

4. Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah. Rasulullah bersabda :

" senyum manismu dihadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah."

5. Senyum  adalah medium untuk menyelesaikan masalah.
Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata,

" Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, "suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!" Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, "berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w. 
( HR at-Tabrani no. 7695 )

6. Senyum adalah pengubat jiwa dan hati serta fikiran, Rasulullah bersabda :

" Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh."
( HR Ibnu Majah no. 1130)

7. Tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan.
Aisyah meriwayatkan, dia berkata,

" Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum."
( HR al-Bukhari no. 8217)

8. Ketawa berlebih-lebihan boleh mematikan hati. Rasulullah bersabda :

" Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati."
( HR Ibnu Majah no. 4183 )

dalam riwayat lain ada disebut,

"ketawalah sedikit kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
( HR Muslim no. 1499)

9. Ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati  dan menghilangkan karisma seorang Mukmin."
(HR at-Tirmizi no. 2227)

10. Bercakap bohong demi membuat orang lain ketawa akan mendapat kecelakaan.

Rasulullah bersabda :

" Celakalah manusia yang berbicara padahal dia berbohong hanya sekadar untuk membuat orang lain ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia."
( HR Abu Daud no. 4454)


*sesungguhnya Allah membenci orang yang bermuka masam di hadapan saudara-saudaranya.

( HR Ad-Dailami no. 89111)



credit : Senyum dan Tawa Rasulullah

SEORANG LELAKI YANG TAMPAN

Kata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam. Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan lehernya jinjang”.

Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapanya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.”

Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia di beri layanan dengan penih khidmat dan di kasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.”

Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w.. SELAWAT!

Monday 4 March 2013

SUNNAH NABI SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TIDUR

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, Subhanallah! sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk


 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)


2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis: 

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kaliAlhamdulillah 33 kaliAllahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.


7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal 
       Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:  

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim) 

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).


Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.

"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.

Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

- Secara umumnya ada 4 cara tidur...yang mana satukah pilihan sahabat semua?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

p/s: Insyaallah moga-moga kita istiqamah.

credit : kota janji