Pages

Monday 9 July 2012

JOM MENGURAT

Bila kita nak mendapatkan hati orang yang kita minat ni, biasanya kita akan cuba bermacam-macam cara bagi menambat hatinya. Senang kata kat sini nak menguratlah. Mat-mat jiwang kalau sebut bab mengurat ni memang pro. Ada je koleksi skil klasik hingga ke moden mengenai tips-tips memikat dan mengurat si idaman hati ni. 
kucing : dengarkanlah lagu cintaku untuk mu.. 
( gamba google )

Ada yang bagi bungala, sms selalu la, dan macam-macam lagi.. aku tak tahu la sbb aku tak biasa buat. 
Tapi, kebiasaannya bila orang cuba memikat ni dia akan tunjuk yang baik-baik je, last-last yang dipikat terpaksa terpesona jugak la dengan kesungguhan si pengurat tu.

dan cuba kita ubah sedikit, 

Kalau kita boleh berusaha keras untuk mendapatkan cinta si jejaka atau gadis idaman, maka begitu juga halnya untuk mendapatkan cinta Allah dan Rasul. 

Allah tu Maha Pengasih, dan Allah lebih kasihkan orang yang cinta kepadaNya. 
Dalam nak "mengurat" Allah la, ada juga strateginya.
kita persembahkan kepada Allah dengan solat yang terbaik, zikir yang tak lekang di mulut dan hati, dan pelbagai lagi amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata keranaNya.
well, nak dapatkan cinta Allah, memang la nak kena "mengurat" dulu kan, syurga tu tak mudah-mudah je kita nak dapat. 

sama juga halnya dengan nak mendapatkan cinta Nabi, selawat la banyak-banyak. Yang nak bagi syafaat tu pun Nabi, tu la tanda Nabi membalas cinta kita.


Jadi begitulah, sebelum kita nak mengurat si kekasih hati, "menguratlah" Allah terlebih dahulu. 
InsyaAllah Allah akan menghadirkan orang yang sesuai untuk kita, yang sama-sama cintakanNya. 

Cinta Allah ni ajaib, semakin ramai yang mencintaiNya, semakin kuat tautan hati sesama manusia itu, 
sedangkan jika dua orang lelaki menyukai seorang perempuan yang sama, mungkinkah hati itu akan aman ? 
mungkin ya, mungkin tidak.. 

Apapun, selamat meraih cinta Tuhan ..


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepadaMu.


No comments:

Post a Comment