Pages

Wednesday 27 March 2013

JOM ZIKIR




"...Selalulah mengucapkan "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallah hu akbar".  

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: ""Rasululllah SAW bersabda:
Maksudnya:
Mengucapkan subhanallah, alhamdulillah, laailaaha illallah, dan Allahu akbar lebih aku cintai daripada segala yang disinari oleh matahari,"  (HR Muslim 2695)


Muslim meriwayatkan daripada Abu Malik al-Asy'ari ra., beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
"Bersuci adalah sebahagian daripada iman; ucapan alhamdulillah akan memenuhi timbangan; ucapan tasbih(Subhanallah) dan  alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi."   (HR Muslim 223)


Mari kita perbanyakkan mengucap zikir.  

Allah berfirman:  
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.  Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."  
(Surah al-Ahzab 33: 41 - 42)

Saturday 23 March 2013

MEMBUANG HALANGAN DI JALAN


“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya..” (surah Al-zilzal : 7)

SELAWAT

Selawat ke atas Nabi:


عن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia yang paling dekat dengan aku nanti pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak membaca selawat untukku.”
( Hadis Riwayat Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini ialah hadis Hassan )


Sunday 17 March 2013

SANGGUPKAH KAU LALUI JALAN INI


Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:

Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah..

Friday 15 March 2013

INDAHNYA UKHWAH KITA



~ Indahnya ukhwah kerana Allah. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Jika tersilap langkah, indah tuturnya menasihati. Nasihat diberi tiada sedikit pun rasa benci. Madahnya lembut mudah disambut. Tegurnya disenangi maka yang silap juga terasa senang diperbaiki. 

Demikianlah kata padanya amarah. Pada kalam tersulam megah. Saat itu, gahnya diri suburnya benci. Jika menasihati, kalamnya mengguris hati, jadilah yang tua terasa hati, yang muda menjauh diri.



Nilaian Allah, manusia itu hanya hamba. Akan mulia dengannya taqwa. Jika berlaku silap sengketa, Maaf itulah rahsia damainya.

Jadilah orang yang dicintai nabi. Dendam , benci tiada di hati. Yang ada hanya kasih. Yang nista di balas dengan mesra. Yang kesat di balas dengan jalan selamat – diam. Malah menjadi pertama menghulur maaf, walau bukan mulakan khilaf. Pesan nabi, kata “maaf “ awali lah diri, walau egonya letaknya tinggi, biarkan saja ia melintasi. Usah di agung ego di hati. Jangan di biar meracun diri.

Wednesday 13 March 2013

PESAN RASULULLAH KEPADA MUAZ BIN JABAL


"Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut kehendakNya." 

"Wahai Mu'az," 

"Ya Sayyidal Mursalin." 

"Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian), ia akan bermenafaat untukmu tapi kalau engkau lupakan (tidak ambil berat) maka kamu tidak akan ada hujjah di hadapan Allah kelak." 

"Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya." 

Langit Pertama: 

Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah, 

"Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat." 

Langit Kedua: 

Esoknya malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba. Di langit kedua, penjaga pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain." 

Langit ketiga: 

Kemudian malaikat Hafazah naik lagi ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong." 

Langit ke empat: 

Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub." 

Langit kelima: 

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad." 

Langit keenam: 

Di langit ke enam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini." 

Langit Ketujuh: 

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata "Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak." 

Amalan yang melepasi langit ketujuh: 

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal si hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t. 

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui." 

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi." 

"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!" 

ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka." 

Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat." 

Apa Tindakan Yang Perlu? 

Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?" 

Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan." 

Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?" 

Bersabda Rasulullah: 

"Ya begitulah.... 

kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib. 

  • Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. 
  • Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. 
  • Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat. 
  • Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik 
  • Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat 
  • Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. 
  • Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan 
  • Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia." 


Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?" 

Jawab Rasulullah: 

"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."

Monday 11 March 2013

ENGKAU KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Tersentuh..
Benar-benar tersentuh..

Wahai Rasulullah,kekasih hati kami..

Hati hamba-hamba yang beriman,setiap saat dan waktu akan merindui Baginda Rasulullah SAW.Rindu yang penuh sarat.

Hati hamba yang amat cintakan Baginda Rasulullah SAW,setiap apa yang dia lakukan akan difokuskan kepada TAQWA.Sentiasa terdetik di hati,adakah amalan yang dia lakukan ini ALLAH dan RASUL cintai?

Hati insan yang benar-benar cintakan Allah dan Rasulullah..setiap kali bangun pada pagi hari,mindanya akan terus terfikir apakah yang akan dia lakukan pada hari ini untuk kemaslahatan ummah?Sebaliknya insan yang biasa-biasa hanya memikirkan perkara-perkara yang hanya menguntungkan diri sendiri..

Hati yang sarat dengan TAQWA,sentiasa sempit dada apabila mendengar lafaz ALLAH dan RASULULLAH SAW.Terlalu rindu dan cinta untuk berada di Syurga Firdaus,berada bersama-sama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Lantas jiwanya kental,mujahadahnya diteguhkan untuk menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar.Bukan mudah melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan yang sedikit.Golongan itu saban waktu menyampaikan dakwah Islam,mengajak manusia menjalankan amalan-amalan kebaikan dan menghalang kerja-kerja yang menjurus kepada kemungkaran dan mengundang murka Allah.Itulah perjuangan,sunnatullah yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang agama Allah.

Pada saat air mata gugur kerana menerima tekanan,cacian dan kejian daripada manusia kerana menegakkan agama Allah,jiwanya segar dan tenang apabila mengingati Baginda Rasulullah SAW,yang jauh dan jauh hebat ujian dan cabarannya untuk mendaulatkan Dinul Islam..

Ya Allah,persaksikanlah..Kami terlalu merindui Baginda Rasulullah SAW..Kami mengharapkan syafaat Baginda..Ampunilah dosa kami Ya Allah..
 

Friday 8 March 2013

PERTOLONGAN PASTI ADA


insyaAllah saat kita lemah tak berdaya pasti Tuhan akan hadirkan pertolongannya..
Hanya perlu yakin sahaja.. ^^

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

PERINGATAN UNTUK PEJUANG



Bantulah kami Ya Allah, semoga segala perjuangan kami ini adalah mengikut landasan Mu dan merupakan sebenar - benar jalan menuju kebahagiaan di akhirat sebagaimana janji Mu.. Ameen Ya Allah.. kami rela di anggap sebagai asing di kalangan mereka.. Moga Engkau bantulah kami menempuhi kehidupan yang sementara ini Ya Allah.. 

Tuesday 5 March 2013

SABDA RASULULLAH MENGENAI SENYUM DAN KETAWA

Sabda Rasulullah mengenai senyum dan ketawa :

1. Senyum adalah medium terbaik untuk menyapa hati manusia dan menebar kesejukan di hati sesama insan, Rasulullah bersabda :

"kamu tidak akan dapat menenteramkan jiwa manusia dengan wangmu, akan tetapi kamu dapat menenteramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak mulia."

2. Senyum adalah sikap mulia bernilai ibadah. Rasulullah bersabda :

"Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah." ( HR al-Baihaqi no. 7935)

3. Senyum adalah cermin kebaikan ( amal soleh), Rasulullah bersabda :

"sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah."

juga sabdanya :

"Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria )."

4. Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah. Rasulullah bersabda :

" senyum manismu dihadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah."

5. Senyum  adalah medium untuk menyelesaikan masalah.
Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata,

" Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, "suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!" Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, "berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w. 
( HR at-Tabrani no. 7695 )

6. Senyum adalah pengubat jiwa dan hati serta fikiran, Rasulullah bersabda :

" Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh."
( HR Ibnu Majah no. 1130)

7. Tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan.
Aisyah meriwayatkan, dia berkata,

" Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum."
( HR al-Bukhari no. 8217)

8. Ketawa berlebih-lebihan boleh mematikan hati. Rasulullah bersabda :

" Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati."
( HR Ibnu Majah no. 4183 )

dalam riwayat lain ada disebut,

"ketawalah sedikit kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
( HR Muslim no. 1499)

9. Ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati  dan menghilangkan karisma seorang Mukmin."
(HR at-Tirmizi no. 2227)

10. Bercakap bohong demi membuat orang lain ketawa akan mendapat kecelakaan.

Rasulullah bersabda :

" Celakalah manusia yang berbicara padahal dia berbohong hanya sekadar untuk membuat orang lain ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia."
( HR Abu Daud no. 4454)


*sesungguhnya Allah membenci orang yang bermuka masam di hadapan saudara-saudaranya.

( HR Ad-Dailami no. 89111)



credit : Senyum dan Tawa Rasulullah

SEORANG LELAKI YANG TAMPAN

Kata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam. Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan lehernya jinjang”.

Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapanya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.”

Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia di beri layanan dengan penih khidmat dan di kasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.”

Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w.. SELAWAT!

Monday 4 March 2013

SUNNAH NABI SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TIDUR

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, Subhanallah! sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk


 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)


2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis: 

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kaliAlhamdulillah 33 kaliAllahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.


7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal 
       Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:  

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim) 

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).


Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.

"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.

Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

- Secara umumnya ada 4 cara tidur...yang mana satukah pilihan sahabat semua?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

p/s: Insyaallah moga-moga kita istiqamah.

credit : kota janji

Kisah Seorang Pelacur menggoda Bapa Rasulullah

Dikisahkan seorang pelacur yang sering mengganggu dan menggoda Saidina Abdullah... Setiap hari, si pelacur ini akan menunggu Saidina Abdullah di penjuru jalan, bertujuan untuk menggoda beliau... Si pelacur ini terus berusaha menggoda Saidina Abdullah hari demi hari... Ditaqdirkan Allah SWT, Saidina Abdullah berkahwin dengan Siti Aminah ( ibu baginda SAW)... Sehinggalah pada suatu hari tika mana si pelacur ini menunggu kedatangan Saidina Abdullah, apabila dilihatnya bapa baginda tersebut, maka beredarlah si pelacur itu tanpa mengganggu dan menggoda beliau...

Maka, timbullah kehairanan di kalangan orang2 yang berada di situ... Maka ditanyakan kepada si pelacur tersebut, "Wahai si fulanah, begitu aneh sekali perilaku engkau pada harini...mengapakah engkau tidak menggoda Abdullah seperti kebiasaan?" Sang pelacur tersebut menceritakan perihal yang sebenar kepada mereka...

"Pernah aku membaca kitab Taurat, disebut sebahagian isi kitab tersebut mengenai perihal tanda-tanda kelahiran nabi akhir zaman... Dikisahkan di dalam Taurat dan Injil, Nabi akhir zaman diciptakan daripada cahaya, dan cahaya (benih) tersebut akan kelihatan pada diri 'pembawa benih' , keturunan Rasulullah... Maka, aku dapat melihat cahaya (benih) itu kelihatan di antara 2 kening Abdullah... Mulai saat itu, aku berazam untuk menggoda Abdullah dan berkahwin dengannya supaya cahaya (benih) itu dipindahkan ke dalam rahimku... Akan tetapi, ketika aku ingin menggoda Abdullah tadi, aku sudah tidak nampak cahaya itu di antara 2 keningnya kerna aku yakin benih itu sudah berada di dalam rahim Siti Aminah... Oleh sebab itulah aku sudah tidak mahu mengganggunya lagi..."


# Hikmah Kisah : Kita dapat lihat betapa Agungnya Kekuasaan Allah SWT yang memelihara susur galur keturunan Rasulullah Sallahu 'Alahi Wasallam... Inilah bukti dan dalil bahawa kesemua keturunan Rasulullah Sallahu 'Alahi Wasallam itu adalah keturunan yang dimuliakan oleh Allah Ta'ala dan dipelihara sehinggalah lahirnya Sayyidina Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam...


Sumber : Kitab Dalail Nubuwwah karangan Al-Imam Al-Baihaqi


~ Rasulullah Sallahu 'Alahi Wasalam ada mewasiatkan kepada umat baginda supaya mencintai dan mengasihi ahli keluarga baginda... Cintai dan kasihilah para Habaib, para Ulama' dan para Solihin kerna mereka semua adalah Warasatul Anbiya' (Pewaris sekelian Nabi) ~




dari FB : Amer Sameer

JANGAN MENYEKSA DIRI

Allah menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah s.a.w melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu maka baginda bertanya, "mengapa dengan orang ini ?"

Dua anak itu berkata, " dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah s.a.w bersabda, " sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyeksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

KUDA CERDAS

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah. Dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih.

Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "kamu datang dengan apa ?"

Anak murid itu berkata, "saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata, "Dia ( Allah ) telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.