Pages

Saturday 30 June 2012

TAK PAYAH NAK BAJET STRESS

Korang merasakan kehidupan korang sukar ?
penuh dengan masalah ? 
korang sendiri pun tak tahu apa masalah korang ? 

Ha Ha.. 

Hidup ni jangan la selalu sangat nak serabut, 
percayalah cakap aku bahawa masalah korang tu small matter je.

Sebab bukankah korang masih ada sepasang kasut dan selipar untuk dipakai ?
maksud aku, entah ada berapa ribu mahupun juta lagi manusia yang berkaki ayam di dunia ini..


or atleast korang masih jugak ada bantal dan selimut ? even nak layan perasaan pun kira syok la jugak..
Fikirkan la camne keadaan orang yang tak berumah.


Or paling busuk pun korang stress masih jugak boleh main-main luahkan perasaan korang tu kat FB kan ? walaupun sebenarnya aku rasa geli gak baca masalah peribadi orang lain di FB.

So how ? Masalah kita bukan masalah dunia, jangan nak serabut, memang masalah tu setiap orang ada,
tapi.. jangan lupa tentang satu perkara ini :

Ketahuilah ! Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ( Ar-Ra'd : 28 )


*oh style, aku harap bakal isteri aku adalah seorang yang solehah

So manusia-manusia sekalian, bangkitlah..
masalah apa pun kamu pasti boleh hadapinya,
jangan serabut-serabut, jangan sedih-sedih, jangan stress-stress...

Allah itu bersama kita, maka hadapilah masalahmu dengan dengan tenang ! Yosh !

aku yakin dengan janji Allah.. 

2 comments: