Pages

Monday 25 June 2012

BULAN POSA DEKAT DAH KOT

Hari tu duk la belek-belek kalendar, dan dengan perasaan terkejut yang dibuat-buat,

" eh, bulan posa dekat dah aaa.. lagi 3 minggu ja rupanya.."


Taw dak, antara semua bulan-bulan ni, bulan posa antara yang paling spesel..

Bayangkan broo, sebulan tu la bulan penuh pengampunan, bulan tu jugak la bulan rahmat, bulan tu pun la pelepasan daripada azab neraka..

Dan ia juga bulan untuk melipat gandakan amalan kita... whooahh !!! means kalau hari-hari biasa kita buat baik dapat 1 ganjaran, dalam bulan puasa terganda ke 10 ganjaran.. Ok sumpah excited !! hampa dak excited ka ??

" Oh, kitorang pun excited gak sebab dalam bulan posa jap lagi ada bazar Ramadhan.. So kitorang boleh beli  ayam percik, laksa, kuih cekodok, ayaq nyoq..haa apa lagi.. banyak ni boleh beli, puas bukak posa jap lagi ni.. "

OH.... krik krik krik krikkk... ( bunyi cengkerik ) =_=~

Jadi itulah seronoknya duduk di Malaysia ni, kaya dengan makanan,
di kala rakyat-rakyat negara lain bermati-matian berperang hingga terkorban akibat bedilan-bedilan senapang dan bom, kita di Malaysia mati sebab amalan pemakanan.. how i'm proud living in Malaysia.. ( ohhh my english !!! abaikan.. hehe )

ahhh abaikan makanan untuk seketika, dan fokus kembali, bahawa sebelum menjelang tibanya bulan puasa yang semakin hampir ini, elok kiranya kita menyiapkan diri sebagai persediaan menghadapi Ramadhan ini..

Dan perlu diingat semula, dalam bulan puasa juga peluang pengampunan dosa tu terbentang luas, kalau hampa rasa ruang tamu rumah ang luas, padang pasir tu luas, lautan tu luas, langit tuuu luas.. Ada lagi yang lebih luas iaitu kasih sayang daripada Allah.

Mintalah, mintalah, mintalah supaya dosa kita diampunkan kerana kita sememangnya banyak giler dosa.. mujur buat-buat dosa terus tak jadi gila.. kalau tak jenuh ooo.. dosa sket gila, wat dosa sket jadi gila.. tu lah kasih sayang Allah, sentiasa memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan Allah tak pernah bosan untuk mengampunkan hambaNya..

Akhir kata, marilah kita sama-sama mengexcitedkan diri sendiri dan orang-orang lain akan kedatangan Ramadhan ini.. semoga kebaikan sentiasa bersama walau di mana jua kita berada..

No comments:

Post a Comment