Pages

Monday 4 March 2013

JANGAN MENYEKSA DIRI

Allah menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah s.a.w melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu maka baginda bertanya, "mengapa dengan orang ini ?"

Dua anak itu berkata, " dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah s.a.w bersabda, " sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyeksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

KUDA CERDAS

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah. Dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih.

Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "kamu datang dengan apa ?"

Anak murid itu berkata, "saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata, "Dia ( Allah ) telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.

No comments:

Post a Comment